Monday, September 25, 2006

KEMAJUAN PROJEK

KEMAJUAN PROJEK AKU DI KAMPUNG

TARIKH KEMASKINI (update) : 1 April 2007

Terbaru, semua baka Jamnapari kami dah x der lagi coz ada yang dah jual & termasuk mati. Kambing yang baru diberi nama adalah Albab (colour putih kat bawah ni), yang coklat tu abang dia, telah dijual bersama ibunya baru-baru ini.


Mak aai..punya la geram aku 1st time dpt tgok dan dukung anak Janapari ni, boleh dibuat Pet. Yang bestnya, cepat betul membesar. Gmbar kat atas ni umurnya baru 25 hari, tak lagi sampai sebulan. Bulu punyala gebu, boleh di buat Pet, tupun ada org yang dah meminta utk bela sbg Pet. Kui..kui.., klau buat pet, jgn la plak bawa masuk rumah, kang...kahkah..

Gambar kandang setelah sambungan (extension) dibuat kemudianya.



PERMULAAN PROJEK DI KAMPUNG


Taraf projek : Mini (Kecil-kecilan)
Modal permulaan projek : RM2900.00
Tarikh Mula Projek : 1 September 2006
Lokasi: Perak
Jenis ternakan mula projek : 6 ekor kambing kampung (Katjang)
Keluasan Tanah : 2.5 ekar
Pengetahuan permulaan mengenai ternakan ketika ini : 0%
Projek Usahasama :Aku + Abg aku + Kak Ipar aku (ALP)
Jagaan Projek :Ayah aku (Supervisor) + Li(Mandor)

p/s: Kih! Kih! projek & blog aku, suka hati aku la na letak jawatan apa :)










19 Comments:

At 3:20 PM, Blogger oDja said...

Insya Allah, semoga project hang kali ni berjaya. amiiin.

 
At 4:12 PM, Blogger ANZ said...

Aznee.... Tahniah kerana telahpun memulakan satu langkah berani. Sebenarnya potensi kambing memang bagus, tambahan pulak sekarang ni kerajaan memang menggalakkan kita menjadi usahawantani. Kalau nak buat secara komersial, mungkin kita boleh share idea. Kamipun baru tapi sedang giat merancangkan projek komersial secara serius.

 
At 5:29 PM, Blogger esis said...

wah wah wah.... semakin bagusss. tahniah!!!!

 
At 7:41 AM, Blogger a.z said...

ok TQ. Moga kita all succes & jalinkan networking!

 
At 1:14 PM, Blogger esis said...

bro, updet la. haha

 
At 3:25 PM, Blogger a.z said...

dah, aku dah update lani. Kui kui..

 
At 5:59 PM, Anonymous Anonymous said...

Salam Azd..Aku baru tengok ko punya ternak kambing ni..baguslaa..
ni pun aku masuk sebab nak belajat cara ternak kambing..bagus laa..ko dok kat ane? kat mane kambing ko..pahtu
6 ekor kambing ko beli tu memang 800 ratus ke? boleh aku beli gak tempat yg ko beli tu? atau aku beli ngan ko..makap lebih sikit pun takpa..hehehe..
oneshah@yahoo.com..

 
At 11:27 AM, Anonymous Anonymous said...

aku ni adik esis-(ruminanboy)
boleh bagi aku sekor, ko nyer boer tak?

 
At 12:04 AM, Anonymous Anonymous said...

aku lan. best la cite kau. mcm drama. kalu rosyam tau.....mesti dah masuk tv.
pantai besar tu jauh x dr hway??

 
At 2:54 PM, Blogger jebatcyber said...

Assalamualaikum... Menariklah misi anda untuk menjadi penternak berjaya. Semoga menjadi JUTAWAN TERNAK :):):) Aku pun tengah beralih arah untuk berhijrah dari dunia IT ( Incormation Technologi ) ke dunia IT (Industri ternakan). Insyallah semoga kita membuat networking di dalam pasaran ruminan ok. Jumpa lagi http://jutawanternak.blogspot.com

 
At 3:05 AM, Anonymous Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM. NAMA SY AHMAD KHIBRI PANGGIL MAMAT sy 25tahun. sy tinggal kat KL. sy ada tanah di kampung melaka keluasan 2 ekar. sy pun minat nak usahakan ternakan kambing tp tak tau nak tanya siapa. kebetulan sy jumpa encik dlm internet. kalau boleh sy nak belajar dr encik kalau boleh jumpa pun bagus. kalu tak keberatan boleh minta no tel. email sy ahmadkhibri@yahoo.com no tel sy 0163688632. alamat no.1 lrg 4/8D taman tasik tambahan 68000 ampang selangor.

 
At 8:04 PM, Blogger a.z said...

Wsalam semua, Mamat; aku actually bukan lah penternak jaya lg, sbb boleh kira dgn jari jer kambing aku sekarang coz byk juga yang mati termasuk lah jual. kah kah. Sila rujuk penternak yg telah berjaya @ lebih bagus klau saudara visit sendiri kandang yg ada banyak stok ternakan. Kalau area KL ni saya cadangkan di bangi, betul2 di tepi Highway Seremban. Klau dari KL, belah kanan. Untuk pengetahuan semua, aku sekarang dah tukar strategi bisnes skit, nak focus buat trading plak. Cara ni lebih cepat dari klau nak mengharapkan hanya tunggu kambing membiak. Cari dan beli kambing di pedalaman kampung2 dengan harga murah, kemudian pelihara dlm 2-3 bulan dan jual!

 
At 5:10 PM, Anonymous Anonymous said...

assalamu'alaikum, nama teman Mahadir. baru melayari web site2 kambing. teman dah ada kambing, kat teluk intan, perak tapi masih koje kat kl. entah janji kat orang tua nak balik duduk kampung ngan depa sampai la ni takde pun koje yang sesuai teman dapat. Alamat kena jadi pengembala kambing sepenuh masa baru dapat sempurnakan janji tu kut. Tahhniah le kat korang pasal ada inisiatif bela kambing. Kalau ada kambing ngan harga menarik bagi tau tteman kat mahadir@mtz.com.my. ok wa chow dulu...

 
At 12:41 PM, Anonymous Anonymous said...

Sufian. Tahniah. teruskan usaha murni saudara. saya di perfect agro memang mengalu-alukan penyertaan masyarakat dalam industri ini. masih banyak peluang yang perlu kita teroka. kalau saudara berkelapangan silalah layari laman web kami www.perfectagro.com.my Kami sedia membantu dan berkongsi maklumat dgn semua penternak di Malaysia.

 
At 11:37 PM, Blogger Pak Ted said...

Assalamualaikum.....aku pun bela kambing dah lebih 4 tahun dah kat Sunagi Limau Kulim. Mula dengan 2 ekor ke 20 ekor dan sekarang dah hampir 200ekor...Alhamdulillah.
Tapi memerlukan duit yang banyak dan sampai sekarang modal masih tak berbayar dan aku sendiri pun tak tahu bila dapat balik semua tuuu...kalau tak dpat balik pun at least aku dah cuba sedaya upaya aku . sapa-sapa yang nak datang kandang aku silalah...aku bela semi intensif, petang kambing aku lepas bebas dalam hutan....boer aku pun dah jadi kambing hutan dah. Cuma perasaan yakin tentang kejayaan projek ini tenggelam timbul...sehari rasa betuii semangat dan esoknya jadi letih tambahan selalu hujan dan kambing tak dapat turun makan

 
At 8:52 AM, Anonymous Anonymous said...

akum.. aku rase la kan korunk g try kursus ngan agro bank.. dowg ade lantik company2 tertentu utk uruskan kursus tersebut.. bayaran murah jek.. RM20.. korunk taw kan psl silaj?? knape x try wat sendiri? tanah ade risaw ape?? skunk pallet nye harga da mcm minyak.. confirm akan sentiasa naik.. so kita sebagai penternak n usahawan kene la kreatif.. sentiasa mencari dan usahakan sesuatu yg akan menguntungkan kita n memudahkan kite.. kalo yg kaya tuh xpe la nk pakai pallet seumur hidup.. hehe.. nway, semoga success dlm ape bidang pon yg korunk wat k..

 
At 12:48 PM, Blogger zaza said...

akum..korang zaza nk tau lbh lanjut ttg ternakan kmbg ni. zaza lngsg xde pgalaman dalam bidang ni tapi cukup berminat untuk mengusahakan ternakan kmbg. de sesiapa yg leh bantu zaza?....

 
At 10:53 AM, Anonymous din said...

Rm 2900 tu trmasuk kandang sekali ke?Ke kos utk kmbing je?

 
At 3:58 PM, Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum,saya nk tau bape kos wat kandang kambing...ble pm plan kandang kambing x?saya brminat tuk ceburi bidang ni...

 

Post a Comment

<< Home