Friday, October 13, 2006

KOS KANDANG BERSAIZ 100’ (P) X 24’ (L) RM7,000.00 ???

ASSALAMUALAIKUM Di sini aku ingin nak berkongsi maklumat serba sedikit tentang kos kandang kambing hasil dari survey aku dlm masa 1-2 bulan lepas. Mungkin ramai dikalangan kita iaitu bakal usahawan penternak ruminan tertanya-tanya berapakah kos kandang kambing jika sebesar 100ft x 24ft? Dan seterusnya berapakah kos minimum yang dapat dibina? Saya mengambil kira saiz 100ft x 24ft kerana rata-rata hasil tinjauan saya usahawan penternak yang telah berjaya mempunyai kandang saiz tersebut. Bagi yang kurang mampu, buatlah kecil-kecilan dulu macam aku 10’ x 12’, kih! kih!

1. Ini salah sebuah kandang 100’ x 24’ yang aku ambil gambar di kampung aku di Taiping. Kandang ni dibina dengan semua kayu dan bumbung yang baru beserta mengupah org membuatnya. Agak-agak korg berapa kosnya? Dari tuan punya, katanya RM75,000.00. Aku quite terkezutlah dengar!, mcm nak buat sebiji banglow kat area kampung. Tapi itu kenyataan, sbb klau tgok buku rujukan Kambing Kaprima keluaran Kementerian Pertanian, kos diletakkan adalah hampir dengan kos tersebut.


2. Sebuah kandang milik Hj. Mohammad di Dengkil, Selangor, juga bersaiz sama (gambarnya enggak ada, kerana tak sempat melawat lagi). Saya tnya hj, berapa kos tuan hj. buat? Katanya lbhkrg RM20,000 shj. RM20K ajer!? Rupenya, kos begitu dapat dihasilkan dengan separuh atau sebahagian besarnya buat sendiri. Tengok, klau kita buat separuh sendiri, berapa banyak kita dah jimat?

3. Ini pula sebuah kandang milik seorang peneroka di Terengganu dengan tanah seluas 10 ekar. Nama empunya tuan pun nama En. Mohd. Percayakah anda kosnya ialah RM7000.00 sahaja!!? Pada mula aku sendiri x percaya, tapi berkali aku tanya itulah jawapannya. Ini juga satu kenyataan. Rahsianya, tuan punya ini membuat 100% sendiri kandangnya.


Seronok betul aku tgok kambing milik en. mohd ni yang ragut daun sawit terus dari atas lorinya. Tak yah susah-susah nak turunkan daun sawit dari lori.






Jadi..bagi mereka yang baru macam saya & tgah plan nak buat kandang, bolehlah congak-congak info tinjauan aku kat atas nun. Tepuk dada tanyalah selera.


INCOME PENTERAK KAMBING RM100,000??

Ini adalah sebagai pembakar semangat untuk kita semua. Pernahkah anda terdengar terdapat bangsa lain yag mengusahakan bisness ini? Klau tidak, anda tenyata silap, ada seorang penternak berbangsa Cina di Johor kini mempunyai ternakan kambing sebanayak 2000 ekor dan pendapatan bersihnya adalah RM100,000.00 sebulan!. Jadi..anda bagaimana?? Lihatlah bangsa lain yang bersungguh-sungguh membuat bisness. Jadikan ia sebagai model untuk kita. Aku cabar diri aku sendiri dan kalian semua supaya juga, satu hari boleh berpendapatan sepertinya malah jauh lebih dari tu. Amacam, ada brani?? InsyaAllah...amin. Info ni adalah antara yang dikongsi dari en. mohd dr Tgganu tu.

12 Comments:

At 10:48 AM, Anonymous anz said...

Begitulah kira-kiranya..... hendak seribu daya.... Kalau betul-betul berusaha pasti mendatangkan hasil.

 
At 5:30 AM, Blogger ki said...

bagi aku la, skarang ni kos paling rendah pun 20-25K bagi saiz 100x24 ft (walaupun 100% buat sendiri) sebab barang skrang ni mahal walaupun zink/kayu second hang..kos pakcik tu 7K shj mungkin zaman 10 tahun dlu logikla..

cuba bayangkan..besar tu perlukan zink/atap sekitar 100 kpg yg panjang setiap satu 24 kaki..jika harga zink second hand RM1 (harga baru RM2/kaki), tu dah cecah 2.4K, kayu lagi mahal walaupun secondhand..simen ngan tiang kurang kurang 2K jugak..logik aku kalo kayu kurang kurang 10K walaupun secondhand..total cost 14.4K, kalo upah paling murah 6K, maka 20.4K tu kos yg paling logik..tapi memang payah

 
At 9:57 AM, Blogger a.z said...

kih kih, bagus u punya comment tu. Actually segala article yg aku tulis kat sini hanya lah sbg utk benchmarking kita pya projek. Aku setuju memang masa sekarang agak mustahil utk buat kos dlm 7K, tp itulah yg pokcik tu buat, dia buat kndg tu dlm 2 tahun lepas. Mgkin rezki dia, ntah dpt kayu free kot, haha!. Anyway, aku rasa cos plg rendah & ideal boleh buat utk 100' x 24' (2400sqFt) sekrang adalah dlm lingkungan RM 20K-30K. Baru-baru ni aku ada visit 1 kandang tgh buat 40' x 40'(1600sqFt) di Shah Alam, kos dlm RM15K. So its ideal dgn kos td, dkat Shah Alam pulak tu!

 
At 11:12 AM, Anonymous Anonymous said...

sy nk mntk tolong nih.bolh tlg emailkan pelan kandang yg agak sesuai utk ternak dlm 10 ekor kmbg?klu takde.boleh tlg bgtau kat memana sy nk dpt pelan tuh..K?tq
nih email sy.JR_Farm@yahoo.com

 
At 9:39 AM, Anonymous sal said...

saya baru ingin memulakan penternakan kambing. skarang ni tengah mengumpul informasi sebab pengamalan tiada.

saya ingin tahu, kandang yang awak bina 10' x 12' tu berapa kosnya?

terima kasih

 
At 6:49 AM, Blogger ex-persi said...

Kandang kambing tu mmg nak kena buat macam tu ke? tak boleh ke buat kandang biasa je... open air... cuma buat bumbung utk berteduh je... atau just rumah kecik je.. (utk 4-5 ekor). Nak tau gak, kambing import ni sensitif ke? Pastu, ada tak org jual anak kambing je? Terima kasih

 
At 6:51 AM, Blogger ex-persi said...

Sorry,

Lupa nak bagitau, lokasi nak buat kat Kuala Terengganu. Buat permulaan 3-4 ekor je.... nak test... terima kasih.

 
At 11:01 PM, Anonymous Anonymous said...

alhamdulillah.. terima kasih di atas info2 yang amat berguna ini, di harap anda tidak jemu2 memberikan idea dan pandangan kepada semua yang berminat dgn penternakan kambing ini, saya amat menghargainya..

 
At 3:41 PM, Anonymous fadzli said...

saya baru nak mula dengan 10 kambing
berapakah patutnya size nye untuk muat maximum 50ekor?

fadzli
oreo_rr@yahoo.com.my
terima kasih

 
At 9:55 PM, Anonymous Anonymous said...

ternak kambing memang baik sbb ikut sunnah nabi s.a.w.

 
At 4:35 PM, Anonymous Anonymous said...

Just completed my kandang about 2 weeks ago. Will post the pic here later. Size 20ft x 100ft

The cost: 1) kayu terpakai RM 10,918-00

2) Zink RM 2106-00

3) Tiang konkrit RM 516-00

4) Upah 3 pekerja (23 hari) RM 4160

5) paku, ensel etc,. RM 508-00

Total RM 18,208-00. Kandang kat PD.
Ok tak? According to that Tukang I can stock up to 200 goats at any one time.

Currently ada 28 ekor (Bapak 3, betina 20, anak 5).

Dengar cerita MARDI ada bagi peruntukan untuk bantu penternak macam kita ni. Ada apa2 info about it?

 
At 12:48 PM, Anonymous Anonymous said...

http://sahmura-akil.blogspot.com

silalah ziarah kami

 

Post a Comment

<< Home