Sunday, November 19, 2006

PROJECT PLANNING

Berikut adalah perancangan saya dalam proses membesarkan kandang kambing. Lakaran kandang ni aku buat sbg guide line dan matlamat projek yang harus dicapai, x kirala cepat atau lambat (janji RM ada kalu.. cepatla, tarak kalu slow & steady la.., kih kih).


Fasa 1, alhamdulillah telah pun berdiri dengan megahnya. Fasa 2 pun dah hampir siap dgn tambahan 20'. Ini adalah berikutan dengan penambahan kambing yang baru dibeli dan x muat nak dimasukkan ke kandang sedia ada. Fasa 3 dan 4 pula mungkin lambat lg kot.

Fasa 4 adalah fasa yang diimpikan oleh aku (atau casa impian kih kih..) Panjang kandang akan diextendkan kurang-kurang 80ft, barulah semangat skit tgok. Disasarkan siap menjelang tahun 2008.

Ini adalah gambaran tambahan kandang di lokasi sebenar, (kira-kira 2 minggu lepas). Actually dah siap sekarang, tp x sempat pulang ke kampung utk ambil gambar terbaru. Ntah mcm mana la rupenya, ntah ikut aku punya sketch ke tidak mcm kat atas nun. Yg putih tu kandang terdahulu lah.


Inilah antara kambing yang baru dibeli ( 2 boer + 3 jumnapari). Kesian, dalam gambar ini kambing baru ni ditempatkan sementara dalam kandang fasa 1 yang begitu sempit! Bayang kanlah, kandang yang lama keciknya 12' x 10' kini dimuatkan dengan 12 ekor! (kahkah, kesian kambing..bersabarlah dlm menanti siap kandang yg baru, itu yang kelam kabut membuat kandang baru di bersebelahnya.


Kambing Kaprima?

Mungkin ramai dari kita (especially org baru) tertanya apa yg dimaksudkan dengan Kaprima? Actually Kaprima (Kambing Prime Malaysia) adalah nama @ ‘branding’ yang diberikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di bawah unit JPH. Kaprima sebenarnya adalah satu projek pengeluaran Kambing Muda di Malaysia iaitu dengan pengeluaran daging kambing berkualiti prima (prime) dari ternakan kambing muda berumur kurang drp 6 bulan dan mencapai berat hidup minimum 30kg. Secara ringkas jenis baka kambing kaprima ini boleh diperolehi dgn cara kacukan baka Katjang + Boer/Anglonubian + Jumnapari. Akan datang akan ditunjukkan rajah cara untuk mendapatkan baka jenis kambing kaprima ini kerana bukanlah satu fahaman yang mudah seperti A+B+C seperti dinyatakan di atas, tetapi agak lebih sedikit kompleks dari itu. (sumber: buku panduan Kambing Muda Kaprima keluaran JPH.)