Saturday, December 30, 2006

KUSUS TERNAKAN KAMBING DI MAI FARM 18-23 DIS 2006

Actually, kali ni aku betul-betul tekad nak pergi setelah terikat dengan masa yang sibuk dengan urusan kerja, outsation jer memanjang!. Sempena hujung tahun nie, aku ambil kesempatan apply cuti yang tinggal ni aku guna sebaik-baiknya, bos tanya, cakap balik kampung la. Aku klau boleh projek aku ni tak nak dihidu oleh orang ofis aku, especially bos aku, kang bos kata “aei! Ko ni nak keje ke nak buat bisnes! Klau nak bisnes, hantar surat resign” hehe… so that aku kene berhati-hati. Tunggulah kambing aku dah lebih 100 ekor, time tu boleh la aku berlagak, aku boleh resign bila-bila aku suka, kih! kih!..

Ok, Mai Farm ini klau korang nak tau terletak dalam daerah Kalumpang iaitu kira-kira 15 minit perjalanan dari exit tol Tanjung Malim. Kursus ni adalah anjuran JPH yang melantik Mai Farm sebagai salah satu pusat utama latihan kepada pada bakal usahawan ruminan. Kursus ni selama 6 hari. Datang sini just bayar duit pendaftaran RM20 sahaja. Yang lain seperti makan minum dan penginapan adalah ditanggung beres! Kos sebenar kursus ni adalah RM1300.00!, tapi kerajaan telah memberi subsidi kepada JPH bagi melahirkan lebih ramai pengusaha ruminan. Terima kasih lah bebanyak kepada pihak berkenaan, klau nak harap keluar duit poket sendiri sebanyak tu, tak kuasa la aku nak pergi, kik! kik!. Untuk just bayar rm20, berdaftarlah dengan mana-mana JPH. Ini terjadi, apabila salah seorang peserta tu (bekas Engineer Petronas), pergi direct ke Mai Farm untuk kursus, so he pay RM1300! Kih kih lepas tu dia dengar kitaorg just bayar RM20, ape lagi angin jer dia..haha! relaks abg. ….(nama dirahsiakan), jangan marah.. ilmu yang diperolehi dengan duit sebanyak tu berbaloi…

Actually, Mai Farm ni adalah milik Tan Sri Norian Mai (bekas Ketua Polis Negara), ooo.. patutla nama Mai Farm. Awalnya aku ingat ‘Mai’ tu bermaksud ‘Datanglah’ @ ‘Mari Sini’..hehe jangan marah Tan Sri.. Di Mai Farm terdapat lebih kurang 2200 ekor kambing, 400 lembu, 200 kerbau, 12 ekor rusa, & beribu lemon ikan air tawar dll di atas tanah seluas 134 ekar. Selama 6 hari ni, peserta akan mempelajari teori dan latihan praktikal pemeliharaan & penjagaan kambing seperti memberi rawatan dan injection, membuat baja kompos, teknik permanian berhadas dan banyak lagi. Sebenarnya Mai Farm baru sahaja membuka laluan untuk dijadikan pusat latihan kepada penternak pada tahun 2006. Bagi penternakan kambing, batch yang pertama adalah pada Jun 2006 lalu dan bacth yang terakhir iaitu batch saya iaitu yang ke-8 pada 18-23 Dis 06 lepas. Untuk 2007 ni, I’m not sure, u all tanya lah JPH sendiri, kui kui.. kata orang, “nak seribu daya..tak nak Sejuta dalih”.

Anyway, aku amat-amat menggalakkan kepada sesiapa yang baru nak menceburi bisnes nie atau orang kata hati tu dok berbelah bahagi lagi..“ok ke x ok?”, “sesuai ke biz nie dengan aku”, ? Selain tu tak kurang juga ramai orang dalam blog ni ada bertanya.. “macam mana nak start bisness nie? Boleh tolong tunjuk ajar? Macam mana nak buat pemasaran? Semua tu terjawab dalam mana-mana kursus begini. Bukan aku tak nak jawab, satu…ruangan blog ini terlalu terhad untuk penerangan. Ke-2, sayapun baru jer bertatih dalam industri ni, so biarlah pakar-pakar, Dr-Dr yang menjawabnya..kih..kih.. Kursus ni juga amat sesuai pada mana-mana usahawan yang telah pun punyai ternakan, coz banyak benda boleh study lagi.



  • Satu sudut pandangan MaiFarm yang sejuk mata memandang
  • "Jom ke ladang!" Halid memanggil para perserta
  • Ni lah asrama yg kitaorg menetap. Rasa cam 'back to the school' kui kui..



  • Para peserta menjalani latihan praktikal 'injection' pd kambing
  • hi bang, naik sndiri! Jgn la mengharap akak kat atas tu nak nolong, x kuasa u..hehe
  • ni antara kambing terdapat di sini


  • Baung! perserta sempat memancing satu petang tu, alahai..sorg abg tu,kiutnya ikan.. Kira okla tu, baru dapat lesen! keh keh..
  • Peh, tengok tu rumput napier 2 kali tinggi org. Sebelah: Pegawai JPH sedang memberi lecture. Sebelah: wah, tekun akak-akak atas tu dengar presentation dari kump. aku.
  • (Bawah) Peserta sempat bergambar dengan Tan Sri, selepas program karaoke! Yang lain dah pengsan atas katil, mana tak, time ni dah jam 3.00pagi, kui kui..
Lastly, nak diucapkan setinggi-tinggi Penghargaan kepada Mai Farm - Tan Sri Norian Mai, Kak Yong, En. Halid dan lain-lain, serta penceramah luar; Dato Dr Hj Mustapha, , Dr Nor Azam,En. Rosalizi, En. Saiful dan lain-lain, atas segala tunjuk ajar yang diberikan. Last, setinggi2 TQ to Kak Nor (JPH-Cheras) kerana memasukkan sy ke dalam kursus ini. Selain tu, salah seorang peserta Ruslan (Along), pengarah drama 'Pemandu Teksi', tahniah atas kemenangan Anugerah Skrin malam tu, yang solutenya, abg Along sanggup tak balik sbb masih nak terus bersama kami sehingga ke akhir program. Cayalah! Anyway..U all memang sporting! & Mai Farm memang best!

*Sebelum terlupa, ingin di ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILAHDA! & Selamat Tahun Baru 2007! Sesiapa yang korban kambing tu, ingat-ingatlah aku, kui! kui! kui!


Sunday, December 03, 2006

MAHA 2006…

Sebut aje maha, kaki terus ajer terasa bahang sakit lagi. Mungkin ada yang kata, "asal la ko pergi klau dah tahu jem giler!, penat!,letih! panas! Jauh nak kene jalan!. dah plak tu sanggup pergi sorang-sorang!? "
Tapi bagi aku, ada jawapannya..

Bukan ku sengaja pergi ke Maha.. tapi hati ini yg memaksa..
Bukan ku sengaja pergi ke Maha.. tapi esis rie beria mengajak ku..
Bukan ku sengaja pergi ke Maha.. tapi bunyi boer kedengaran menjemput..
Bukan ku sengaja pergi ke Maha seorang diri.. tapi tiada teman dapat menemani.


Tapi mmg betul, aku tarak tipu, memang letih nak mampuih. Dari t/hari sampai ke malam aku jalan sorang-sorang kat maha. Mulanya nak tengok kambing ajer, tapi dah alang-alang tu, sampai ke dewan pameran jugak la aku berjalan. Rasa-rasa x kurang 7KM
Aku jalan. Hah! Mau x bengkak kaki, hehe
Ok kat bawah ni antara gambar sempat aku snap ngan handphone aku (sory, gambar agak kureng skit, al-maklum pkai camera hphone).

Kandang kambing moden. Aiseyman….nilah kandang kambing impian aku suatu hari, semua di perbuat dari steel structure, atap alumunium & lantai menggunakan chequer plate. Kos? Sendri mau ingat la kawan…kih kih

Hah! Ini baka boer or jamnapari yg ntah dah brapa kali cross. Muka mcm gorila pun ada. Ni salah satu kambing yang dilelong, harga x sure, tp mau RM7000 ke atas!

Jam 4.30pm, aku sempat ke pusat lelongan kambing. Salah satu lot: 10 ekor Jamnapri yang berjaya dilelong dengan harga RM7000 @ RM700 sekor.


Nilah rupa kambing yang termahal di Malaysia-Jamapari yang berjaya dilelong pada harga RM11,000 sekor! di Maha 2006. Kambing ni berjaya dibida oleh seorang pemborong Melayu dari Kelantan setelah bersaing sengit dari seorang pemborong tauke cina.