Sunday, January 21, 2007

TEORI KIRAAN PENDAPATAN TERNAKAN KAMBING vs SEBENAR

Di sini saya lampirkan salah satu kiraan teori pendapatan penternak kambing yang saya perolehi dari JPH. Sila lihat, (harap maaf tidak jelas).


Ok, sy just ambil point penting sahaja dalam attachment tersebut. Dalam kiraan teori tersebut, pendapatan bersih bulanan seorang penternak yang mempunyai 30 ekor kambing induk adalah = RM1970.00 SEBULAN selepas memelihara 12 bulan. Itu teori, sejauh mana kebenarannya kita belum nampak. Ok, apa yang ingin saya bandingkan di sini ialah income sebenar yang telah saya postkan pada episod yang lepas (lihat di bawah), iaitu seorang taukeh penternak dari Johor yang peroleh pendapatan RM100,000.00 SEBULAN.

Ok, kita buat kiraan TEORI JPH tadi:-

Pendapatan bersih untuk setiap ekor;
30 ekor = RM1970.00 sebulan
RM1970/30 = RM65.66
1 ekor ≈ RM65

Pendapatan bersih untuk 2000 ekor;
2000 x RM65 = RM130,000.00 ≈ RM100,000.00 SEBULAN

So, lebih kurang sama dari kiraan Teori berbanding Sebenar. Kesimpulannya boleh lah kita berkira-kira berapakah pendapatan yang kita mahu atau akan peroleh dengan jumlah ekor kambing yang ada dengan mengambil kiraan di atas.Kih..kih..pakcik kayo tu…!!

Walau bagaimanapun, ingin saya nyatakan dan beri pandangan di sini, ini semuanya bergantung kepada pengurusan kita dalam perniagaan ini iaitu terutamaya KOS! dan Pasaran (Marketing). Buat masa sekarang, pasaran untuk bisnes ini tidak perlu dihiraukan. Jangan sesekali saudara/ri terfikir jikalau seseorang penternak itu telah mempunyai ternakan kambing sebanyak 2000 ekor, sudah pasti dia mempunyai pendapatan besar mcm kat atas, No way! Tidak sesekali dan saya tidak terkejut jika dia sebenarnya Rugi sekalipun! Teori saya cukup mudah, andai kilang yang besar macam kilang kereta pun boleh rugi, ini kan pula…. (tepuk dada fikir-fikirkan.- a.z